Resepi Dangai

Resepi Dangai

Hai siapa suka makan dangai? Tahu ke dangai ni apa? Dangai ni sejenis kuih. Sedap tau, kalau beli kuih muih mesti ambil sekali dangai ni. Yang tak pernah makan kena cuba lepas ni.


Bahan-bahan

2 cawan kelapa parut muda
1 cawan tepung pulut
½ cawan gula pasir
Sedikit garam

Cara cara

Masukkan kelapa, tepung pulut dan garam dalam satu bekas, gaul rata. Panaskan loyang atas api selama 3 minit. Api jangan kuat sangat ye. Then masukkan adunan tadi dalam 1/3 bekas je, jangan penuh. Ratakan dan masukkan gula, ratakan lagi. Lapiskan lagi atas gula tu adunan kelapa tadi sampai penuh. Masukkan dalam oven dan bakar selama 30 minit atau sehingga garing dengan suhu 180 celcius. Okay siap! Sedap sebab rasa chewy gitu sebab guna tepung pulut. Selamat mencuba!

0 comment... add one now