Resepi Jus Jambu Batu Asam Boi

Resepi Jus Jambu Batu Asam Boi

Jus jambu batu ni dapat sejukkan badan tau. Kalau tengah panas terik memang sesuai la minum air ni. Campur pulak asam boi, uishhh sedapnya. Kalau air yang campur asam boi ni sedap bila kita blend sekali, bukan masuk sebiji sebiji tu tau. Serius rasa dia lain, bila blend sekali lagi sedap tau.



Bahan bahan

2 biji jambu batu-buang biji
2 liter air
Gula-ikut citarasa nak manis banyak mana
Asam boi-hiris, buang biji
Ais batu secukupnya

Cara cara

Campur je semua bahan keculi ais batu. Blend sampai hancur. Nak minum hidangkan bersama ais batu. Kalau nak berwarna, boleh masukkan pewarna hijau sikit masa blend tu. Simple kan? selamat mencuba!

0 comment... add one now