Resepi Kacang Bersalut

Resepi Kacang Bersalut

Waktu raya memang suka sangat beli kekacang ni buat menu dalam balang kuih. Tak kisah lah apa jenis kekacang pun, selain senang nak cari waktu bulan ramadhan, tetamu pun suka makan sebagai makanan ringan. Dah beraya banyak rumah mesti kenyang makan berat je kan. Jom cuba buat kacang bersalut ni.



Bahan bahan

500 g kacang tanah-kacang lain pun boleh, ikut citarasa
5 ulas bawang putih-tumbuk
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan gula
2 sudu kecil garam
2 biji telur
5 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras

Cara cara

Bersihkan kacang, tak perlu basuh. Gaul rata bersama bahan lain kecuali tepung gandum dan tepung beras. Bila semua bahan dan bercampur sebati baru tambah tepung gandum dan tepung beras. Pastikan kacang bersalut dengan tepung ye. Panaskan api dan boleh terus digoreng. Dah masak boleh angkat dan toskan.
.

0 comment... add one now