Resepi Kek Pandan Kukus Mudah

Resepi Kek Pandan Kukus Mudah

Yang suka makan kek kukus boleh cuba resepi ni sebab senang je just pakai blender. Campur je semua bahan, blend dan kukus. Jimat masa dan tenaga. Ok jom tengok resepi.



Bahan bahan

3 biji telur
1/2 cawan gula
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu makan ovalette
1 sudu kecil esen
1 sudu kecil perisa pandan
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 cawan tepung naik sendiri

Cara cara

Panaskan air pengukus dan biarkan. Campurkan semua bahan kecuali tepung, blend hingga adunan kembang. Lepas tu keluarkan adunan dan masukkan ke dalam mangkuk, masukkan tepung sikit sikit dan gaul guna senduk je. Lepas gaul sebati, masukkan dalam loyang saiz 6 inci. Sapu loyang dengan sedikit minyak supaya kek tak melekat. Masa masukkan adunan dalam loyang tapis dulu ye supaya kek jadi lembut dan gebu. Kukus selama 35 minit atau sehingga masak. Tunggu sampai kek sejuk baru tanggalkan dari loyang. Topping terpulang nak letak cheese leleh atau makan kosong je. Selamat mencuba!

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Kek Pandan Kukus Mudah"

Post a Comment