Resepi Kengsom Ikan Siakap

Resepi Kengsom Ikan Siakap

Apa dia kengsom ni? Kengsom ni asam pedas tapi dekat thailand panggil kengsom, orang cakap kengsom ni sedap tau sebab resepi pun guna resepi dari thai. So kena cuba buat dan boleh rasa apa bezanya dengan asam pedas yang kita selalu masak tu. Yang ni kengsom versi Songkhla, kalau versi Narathiwat lain pulak. Aishh kecur rasa air liur tengok kengsom ni.



Bahan kisar

1 inci kunyit hidup
5-7 biji bawang merah
5-7 biji cili api
2 inci belacan
1 cawan air asam jawa

Bahan lain

Ikan siakap-potong
Air
Garam dan gula secukup rasa
5 tangkai daun kesum
Beberapa tangkai sayur kangkung

Cara cara

Masukkan bahan kisar ke dalam kuali, kacau hingga mendidih. Kemudian tambahkan air ikut banyak mana yang korang suka, masukkan ikan dan biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun kesum dan kangkung. Kacau sekejap dan bolehlah tutup api. Hidang bersama nasi panas. Selamat mencuba!

0 comment... add one now