Resepi Kerabu Mangga

Resepi Kerabu Mangga

Kerabu mangga ni sedap tau. Siapa suka makan kerabu mangga kita geng. Buat kerabu mangga ni tak susah mana pun. Waktu kenduri ramai jugak yang akan pilih menu ni sebagai juadah untuk tetamu.


Bahan-bahan

2 biji mangga epal-parut memanjang
1 kuntum bunga kantan-hiris halus
1 biji bawang besar
10 biji cili padi-hiris
Udang kering-goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
Kacang tanah-goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
3 sudu makan jus limau nipis
2 sudu makan sos ikan
Gula dan garam secukup rasa

Cara cara

Campurkan mangga, bunga kantan dan bawang, gaul rata. Masukkan semua bahan lain kecuali jus limau. Gaul hingga sebati dan kemudian baru masukkan jus limau ke dalam campurang mangga tadi. Perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

0 comment... add one now