Resepi Kuey Teow Goreng

Resepi Kuey Teow Goreng

Bagi korang mana lagi senang, goreng bihun ke kuey teow? Bagi cik Nurul dua dua ni kalau betul caranya takdelah bihun atau kuey teow tu jadi keras atau lembik sangat. Apa pun kena try and error, kena rajin praktis tau.



Bahan bahan

2 peket kuey teow
Udang, kerang
Fish cake-hiris nipis
2 ikat kucai
4 biji telur
2 sudu makan cili kisar

Bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
4 biji bawang merah

Bahan sos
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap manis
4 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos Ikan
Sedikit minyak bijan
Sedikit soya sos

Cara cara

Tumis bahan tumbuk bersama cili kisar, tumis sampai pecah minyak. Masukkan udang, kerang dan fish cake, kacau sebati. Masukkan bahan sos, kacau dan masukkan kuey teow. Tambahkan kucai, dan masukkan telur. Biarkan telur masak sekejap dan kacau bersama kuey teow. Perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidang.


0 comment... add one now