Resepi Kuih Lompang

Resepi Kuih Lompang

Tahu ke kuih lompang ni rupa dia macam mana? Kuih ni sedap tau sebab bila makan dengan kelapa parut tu dapatlah rasa manis dan masin lemaknya. Simple je hanya kukus dah siap.



Bahan bahan

2 cawan tepung beras
1/2 sudu kecil air kapur-bancuh dan tapis
Kelapa parut, gaulkan dengan sedikit garam

Bahan air gula

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
4 cawan air suam

Cara cara

Firstly bancuh tepung dengan air kapur. Kemudian tuangkan air gula dan gaul rata. Bila bancuhan dah sebati tapis bancuhan tadi. Panaskan air kukusan, sambil tu sapu minyak pada acuan lompang supaya kuih tak melekat bila dikeluarkan. Tuang bancuhan tepung tadi ke dalam acuan, kukus selama 25 minit atau sehingga masak. Dah masak keluarkan dari acuan dan bila nak makan letakkan kelapa parut tadi atasnya. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.

0 comment... add one now