Resepi Kuih Siput

Resepi Kuih Siput

Kuih siput ni memang terkenal masa zaman dulu. Tapi sekarang ni macam dah kurang orang yang hidang kuih siput ni masa raya kan. Kalau dulu balik rumah nenek je kuih ni mesti ada. Macam wajib pulak kena hidang kuih siput ni hihii so yang mana tak pernah buat, jom kita cuba buat.



Bahan bahan

500 gram tepung gandum
150 gram majerin
2 sudu besar udang kering
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1 1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1 1/2 sudu makan serbuk juntan putih
1 biji telur
5 tangkai daun kari
1 sudu kecil garam
150 ml air

Cara cara

Panaskan minyak, sikit je macam nak tumis tu. Masukkan bawang putih dan udang kering. Goreng sekejap dan tumbuk halus. Ketepikan. Sambil tu cairkan majerin dan sejukkan. Campurkan tepung, rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan, garam dan bahan tumbuk tadi. Masukkan majerin cair sikit sikit sambil gaul tepung. Adunan akan jadi macam serbuk roti tu kemudian pukul telur dan tuang ke dalam adunan tepung selang seli kan dengan air. Gaul sampai jadi doh yang lembut dan rehatkan doh. Sediakan satu dulang yang ditabur dengan tepung. Gentel adunan tepung tadi tekan di atas acuan kuih siput dan letakkan dalam dulang tadi. Goreng kuih siput bersama daun kari hingga kekuningan. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Siap!

0 comment... add one now