Resepi Mee Goreng Basah

Resepi Mee Goreng Basah

Yang mana minat mee goreng mesti dah biasa masak mee goreng ni kan. Macam macam lauk kita boleh masukkan dalam mee tu. Untuk resepi ni kita guna isi ayam. Lets check it out!



Bahan bahan

500 gram mee
100 gram isi ayam - potong kecil
2 biji telur - pukul
1 biji buah tomato - potong kasar
3-4 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang merah - hiris halus
1 sudu makan cili kisar
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan kicap pekat
Sayur sawi
Garam secukup rasa
1/2 sudu makan gula
Minyak untuk menumis

Bahan tabur

1 biji cili merah - hiris
Daun bawang
Limau nipis
Bawang goreng

Cara cara

Panaskan minyakdan tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan isi ayam, kacau hingga ayam nampak sedikit kecut dan masukkan sedikit air. Kemudian tambahkan sos, kicap, buah tomato, garam dan gula. Masukkan mee dan gaul sebati. Masukkan pula telur dan gaul rata. Sedia untuk dihidang, hiaskan dengan bahan tabur. Selamat mencuba.


0 comment... add one now