Resepi Nasi Goreng Udang

Resepi Nasi Goreng Udang

Minat nasi goreng udang? Jom buat sendiri. Boleh letak udang banyak banyak, makan bertambah pun tak payah bayar, hihiii. Selamat mencuba.



Bahan bahan

2 pinggan nasi sejuk
10-15 ekor udang segar-buang kulit
3 ulas bawang putih-cincang
3 ulas bawang merah-hiris
5 biji cili padi-potong kecil
1/2 mangkuk kecil sayuran campur
2 sudu makan cili boh
1 biji telur
Garam,gula dan lada sulah secukupnya
Daun bawang, bawang goreng untuk hiasan
Minyak masak untuk menumis

Cara cara

Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan keperangan. Masukkan cili padi dan cili boh, tumis hingga garing. Masukkan pula udang dan goreng hingga udang bertukar kemerahan, tambahkan sayur dan nasi. Masukkan telur dan kacau. Perasakan dengan garam, gula dan lada sulah. Dah masak taburkan bawang goreng dan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

0 comment... add one now