Resepi Pau Goreng

Resepi Pau Goreng

Ada yang suka pau goreng? Ni feveret cik Nurul tau, satu family pun suka. Walaupun tak berapa suka kacang merah tapi bila dijadikan inti untuk pau goreng ni rasa sedap pulak.



Bahan bahan

500g tepung kuih pau
6g yis segera
50g minyak sayur
1/2sudu kecil garam
100g gula halus
250g air suam

Bahan Inti

200g kacang merah
100g gula perang
1/2 sudu kecil gula merah
1/2s udu kecil garam
3 sudu makan minyak masak

Cara cara

Untuk inti, rebus kacang merah hingga empuk dan kisar bersama sedikit air hingga halus. Masukkan dalam periuk bersama dengan bahan lain. Masak hingga inti menjadi pekat. Angkat dan sejukkan.
Untuk pau, campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh. Bentuk kan menjadi bulat kecil untuk menjadikannya pau. Tutup doh sebentar dalam 10 minit. Selepas tu tekan doh dan letakkan inti. Goreng dalam minyak yang betul betul panas, dah garing boleh angkat dan toskan.

0 comment... add one now