Resepi Pisang Goreng Rangup

Resepi Pisang Goreng Rangup

Korang boleh lah cuba resepi pisang goreng ni. Mana tahu jadi feveret orang yang makan. Pisang goreng ni kalau pisangnya manis, bancuhan tepung pun okay, memang sedap. Kat tempat korang ada gerai pisang goreng yang sedap tak?



Bahan bahan

Pisang
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
4 sudu makan minyak panas
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Panaskan minyak untuk menggoreng. Gula, garam dan tepung gandum dicampur dan dibancuh. Masukkan air dan kacau sekata. Masukkan minyak panas dan gaul lagi. Celup pisang dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan. Dah masak angkat dan toskan. Selamat mencuba.

0 comment... add one now