Resepi Popcorn Karamel

Resepi Popcorn Karamel

Tiba tiba teringat pulak popcorn dekat cinema. Sedapnyaaa lagi yang lebih karamel tu memang sedaplah mengunyah kan.



Bahan bahan

1 cawan bertih jagung - apa apa jenama
1 sudu makan minyak
1 sudu makan marjerin

Bahan karamel

1 1/2 cawan gula perang/brown sugar
1 makan esen vanila
1 1/2 sudu kecil baking soda
1 cawan marjerin

Cara cara

Dalam kuali dengan api sederhana masukkan minyak, marjerin dan bertih jagung. Gaul rata dan tutup kuali. Biarkan bertih jagung mengembang dan meletup letup. Bila bunyi meletup dah takde bole buka penutup dan taburkan sedikit garam, gaul rata.

Untuk karamel, masak gula dan marjerin sampai cair. Masukkan sedikit garam dan gaul rata. Tutup dan masukkan esen vanila erta baking soda. Karamel akan pekat dan berbuih. Masukkan popcorn dan gaul rata. Kalau nak lagi garing boleh bakar sekejap popcorn dalam 5 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

0 comment... add one now