Resepi Roti John Leleh

Resepi Roti John Leleh

Bulan ramadhan memang ramai yang akan beratur sebab nak beli roti john ni. Kadang hari hari nampak orang yang sama je beratur. Mesti sedap sangat kan roti john yang orang tu jual. Tapi kalau bukan di bulan ramadhan macam mana nak cari? Pasar malam pun bukan ada hari hari kan. So jom kita cuba buat sendiri.


Bahan bahan

2 biji telur
1 sudu kecil serbuk kari
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih
Garam gula secukup rasa
Daging/ayam cincang

Cara cara

Tumis bawang besar dan merah hingga naik bau. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan serbuk kari. Perasakan dengan garam dan gula. Bila daging dah masak boleh tutup api. Pukul telur dan masukkan dalam inti daging yang dimasak tadi. Kacau sebati. Belah roti kepada dua bahagian tapi jangan putus ye. Sapu roti dengan planta atau marjerin. Ambil satu kuali leper, sapukan sedikit minyak. Ambil sedikit inti dan letak atas kuali leper tadi dan telangkupkan roti kat atasnya. Biarkan inti tu masak dan kemudian terbalikkan roti. Sapukan sos dan salad kegemaran korang. Selamat mencuba.

0 comment... add one now