Resepi Sambal Tempoyak Mudah

Resepi Sambal Tempoyak Mudah

Musim durian ramai lah yang suka buat sambal tempoyak ni sebab dah tak lalu nak makan durian. Makan sambal tempoyak dengan ikan goreng dan ulam pun dah cukup berselera kan. Simple je nak buat sambal ni. Ada sesetengah orang suka goreng sambal tempoyak ni, tapi untuk resepi ni kita tak goreng.


Bahan bahan

Tempoyak
Segenggam cili padi kampung
Sedikit garam

Cara cara

Kisar kasar cili padi dengan menggunakan blender kering. Gaul cili kisar dengan isi durian/ tempoyak tadi. Perasakan dengan garam. Boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Senangkan, selamat mencuba!

0 comment... add one now