Resepi Serabai dan Kuah Durian

Resepi Serabai dan Kuah Durian

Serabai ni apa weh? Serabai ni macam apam tapi bentuk dia tak macam apam pun. Macam lempeng pun ada. Yang pastinya serabai ni orang makan dengan kuah, selalunya dengan serawa durian atau kaya. Fuhhh mesti sedap kan.



Bahan serabai

2 cawan beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 cawan air
1/2 cawan santan
1/2 cawan air suam
1 sudu kecil yis
2 sudu makan gula
1 sudu kecil garam

Bahan kuah durian

Durian
Santan
Gula merah
Sedikit garam

Cara cara

Untuk serabai, kisar nasi dan air hingga hancur. Yis pula bancuh dengan air suam. Semua bahan ni satukan dan gaul sebati dalam satu bekas. Perap selama 2 jam. Lepas tu bolehlah dimasak.

Untuk kuah durian pulak, campurkan semua bahan dan masak atas api sederhana. Kena selalu kacau supaya tak pecah minyak.

Bila dua dua dah siap so sedia untuk dihidang!

0 comment... add one now