Resepi Sos Lada Hitam

Resepi Sos Lada Hitam

Sos ni korang boleh makan dengan macam macam jenis hidangan. Lagi kalau ayam atau daging grill memang sesuai sangat. Buat sos untuk burger pun boleh. Bagi yang berniaga tu boleh lah buat sos ni sendiri. Jimat tau.


Bahan bahan

2 sudu makan mentega
1 1/2 sudu makan tepung gandum
Sebiji bawang besar-potong dadu
Sebiji tomato-potong dadu
1 kiub ayam Knors
2 cawan air
Sedikit kicap pekat/sos cili/sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan lada hitam-tumbuk halus
Bancuhan tepung jagung-kalau nak pekat lagi

Cara cara

Cairkan mentega, guna api kecil je ye. Dah cair masukkan tepung gandum dan kacau hingga warna bertukar keperangan. Masukkan bawang dan kacau hingga naik bau, masukkan kiub ayam dan kacau lagi. Masukkan pula sos, ni terpulang kalau rasa nak pedas boleh tambah lebih. Tambahkan kicap, jangan banyak sangat tau, bagi dia warna coklat je, jangan sampai hitam. Masukkan tomato, perasakan dengan garam dan gula. Last sekali masukkan lada hitam. Kalau nak pekat boleh tambahkan bancuhan tepung jagung. Tapi sos lada hitam ni bila dah sejuk dia memang akan bertambah likat.

Selamat mencuba.

0 comment... add one now