Resepi Sotong Sumbat Telur

Resepi Sotong Sumbat Telur

Bagi yang meminati menu sotong sumbat boleh cuba resepi ni. Selalu beli dekat kedai je kan kali ni kita buat sendiri makan puas puas. Selamat mencuba.



Bahan inti telur

2 biji telur ayam
Lobak-cincang
Sosej-cincang
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
1 sudu makan mayonis

Bahan sambal

3 ekor sotong
2 ulas bawang merah-tumbuk/hiris
2 ulas bawang putih-tumbuk/hiris
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan rempah kari
1 biji bawang merah-potong bulat
2 sudu makan sos cili
Minyak untuk menumis
3 batang lidi
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Bahan inti telur tadi campurkan semua dan goreng hancur. Telur goreng tadi sumbat kan pada sotong dan tutup dengan kepala sotong, kemudian cucuk kan dengan lidi supaya tak terbuka. Untuk sambal, tumis bawang tumbuk hingga naik bau, masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. Tambahkan serbuk kari dan sos cili, masukkan sotong sumbat tadi dalam sambal. Kacau dan biarkan mendidih. Tambahkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan bawang yang dipotong bulat. Sedia untuk dihidang.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Sotong Sumbat Telur"

Post a Comment