Resepi Spaghetti Carbonara

Resepi Spaghetti Carbonara

Spaghetti carbonara ni selalunya cik Nurul makan yang baked punya. Pernah makan yang macam ni lama dah, sebab lagi prefer spaghetti bolognese. Mungkin sebab suka rasa bolognese yang masam manis tu kot. Yang mana memang suka carbonara boleh cuba resepi ni ye.



Bahan bahan

Minyak untuk menumis
Bawang merah dan bawang putih-potong dadu
Lada hitam
1 kotak susu segar
1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom
Daging/ayam kisar
Sosej
Garam secukup rasa
1 paket spaghetti-rebus bersama sedikit minyak
Cendawan butang

Cara cara

Tumis bawang hingga naik bau dan masukkan ayam/daging kisar. Kacau hingga hancur dan masak. Masukkan sos prego, lada hitam sikit dan masak lagi hingga naik bau. Masukkan pula susu segar, ni agak agak korang nak kuah banyak mana. Nak sukat guna tin prego tadi pun boleh. Tambahkan sosej dan cendawan dan biarkan mereneh. Perasakan dengan garam. Kalau suka cheese boleh masukkan kepingan chesee jugak. Tapi jangan banyak sangat takut muak pulak. Okay siap! Boleh dihidang bersama spaghetti.

0 comment... add one now