Resepi Sup Cendawan Enoki

Resepi Sup Cendawan Enoki

Cendawan Enoki ni goreng pun sedap,buat sup pun sedap. Kalau buat sup, boleh campur dengan sayur lain jugak. Kalau masak dengan sayur keras, cendawan ni masuk kemudian ya. Masukkan sayur keras dulu.



Bahan-bahan

1 batang tofu telur
1 peket cendawan enoki-buang akar
1 ulas bawang putih-ketuk
2 cawan air
Daun bawang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak untuk tumis

Cara cara

Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan air dan biar mendidih. Masuk tafu, daun bawang, garam dan lada sulah. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan cendawan enoki. Masak sekejap dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.

0 comment... add one now