Resepi Sup Ikan Merah Mudah

Resepi Sup Ikan Merah Mudah

Sedapnya sup ikan merah ni kan. Kadang lauk simple macam ni yang buat makin berselera dan makan bertambah. Ikan ni terpulang nak guna ikan apa, untuk resepi ni kita guna ikan merah.


Bahan bahan

Ikan  merah
4 ulas bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
Sedikit halia-hiris
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk

Cara cara

Tumis semua bahan kecuali lada hitam. Bila dah naik bau, masukkan air untuk kuah. Kalau suka kuah banyak boleh tambah air lebih. Bila dah mendidih masukkan ikan, lada hitam dan perasakan dengan garam. Biarkan kuah mereneh dan ikan masak. Dah masak boleh taburkan dengan daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk dihidang!

0 comment... add one now