Resepi Teh Halba

Resepi Teh Halba

Apa kebaikan teh halba ni ya? Teh halba ni dapat mencantikkan dan menganjalkan kulit. Disamping tu boleh mengawal kita punya berat badan, mencegah sembelit dan buasir. Boleh amalkan setiap hari, terpulang nak minum pagi atau sebelum tidur. Cik Nurul suka minum sebelum tidur, barulah esoknya badan rasa ringan je. Kalau minum pagi, memang akan rasa kenyang sikit, so takdelah makan banyak ye tak. Hihiii selamat mencuba.



Bahan bahan

1 sudu kecil halba
1 gelas air
1 sudu makan madu (guna sudu plastik)
Limau kasturi / limau nipis

Cara cara

Rebus halba bersama air hingga mendidih. Dah mendidih, tapis halba dan airnya di campur dengan madu dan perahan limau. Sedia untuk diminum semasa masih suam.

0 comment... add one now