Resepi Waffle Lembut dan Mudah

Resepi Waffle Lembut dan Mudah

Sedapnya aroma waffle ni kan. Kalau dalam mall jumpa je kiosk yang jual waffle ni memang tak senang duduk disebabkan bau yang sedap tu. Macam macam flavor ada, nak letak aiskrim pun boleh. Cuma yelah kalau tak betul betul lapar baik beli yang biasa. Kalau beli yang letak aiskrim ke biskut ke alamatnya tak habis sebab cepat kenyang.




Bahan bahan

2 cawan tepung
2 biji telur gred B-asingkan putih dan kuning
1 cawan air
2 sudu makan gula
Secubit garam
1/2 cawan susu segar
3 sudu makan marjerin cair
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara cara

Campurkan semua bahan kecuali telur dan air. Dalam satu bekas lain campurkan kuning telur dengan air, kacau sebati dan tuangkan dalam bekas yang ada tepung tadi. Gaul sebati. Untuk putih telur pula kacau sampai kembang dan masukkan dalam adunan tepung. Kaup balik je tak perlu kacau sangat. Sapu sedikit marjerin pada waffle maker. Nampak berasap sikit masukkan adunan tepung dan tutup. Bila dah masak boleh makan dengan filling yang korang suka.

Sedapnya kalau dapat waffle peanut strawberry! Selamat mencuba gais.

0 comment... add one now