Sambal Tumis Ikan Kerisi

Sambal Tumis Ikan Kerisi

Ikan kerisi ni memang salah satu ikan yang jadi feveret cik Nurul tau. Tak kisah lah ikan ni masak apa pun mesti suka sangat. Kali ni kita masak sambal tumis. Uishhh makan bertambah lah macam ni.



Bahan bahan

3 ekor ikan kerisi
5 sudu makan cili kisar
Air asam jawa
200ml air
1 biji bawang besar-potong bulat
Minyak masak
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit dan garam untuk menggoreng

Bahan tumbuk

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit belacan

Cara cara

Bersihkan ikan dan goreng. Separuh masak je ye sebab nanti nak masak dengan sambal pulak. Tak perlu goreng garing sangat. Angkat dan ketepikan. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Kacau hingga mendidih dan masukkan air perahan asam jawa. Tambahkan air untuk sedikit kuah, perasakan dengan garam dan gula. Bila sambal dah masak, masukkan ikan goreng tadi. Kacau dan masukkan bawang yang dipotong bulat. Kacau sekejap dan sedia untuk dihidang.

0 comment... add one now