Sawi Goreng Belacan

Sawi Goreng Belacan

Sawi goreng belacan ni sedap makan dengan kuah tomyam dan telur dadar. Makan dengan ikan goreng pun sedap tau. Mesti bertambah nasi.



Bahan bahan

1 ikat sawi - di potong sederhana panjang
1 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - ketuk
3 biji cili padi
1/2 inci belacan- bakar
2 biji cili merah - di belah tengah
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air masak
Garam, gula secukup rasa
1/2 sudu kecil sos tiram

Cara cara

Tumbuk bawang, belacan dan cili padi. Tumiskan bahan tumbuk bawang putih dan sos tiram hingga naik bau. Masukkan batang sawi, gaul sebati. Kemudian masukkan daun sawi dan cili merah. Tambahkan air,perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mereneh sekejap dan tutup api. Sedia untuk dihidang.

0 comment... add one now