Senarai Lokasi Tadika Islam MAIWP di Malaysia

Senarai Lokasi Tadika Islam MAIWP di Malaysia. Bagi Ibu Bapa yang mempunyai anak terutamanya yang berusia 5 hingga 6 tahun di Kuala Lumpur dan sedang mencari Tadika Islam untuk anak - anak boleh berbuat demikian dengan menghantar anak - anak tadi ke Tadika Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).


78 buah tadika islam iaitu 74 buah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta 4 di Wilayah Persekutuan, Labuan ditadbir secara langsung oleh MAIWP.

 Objektif penubuhan Tadika Islam adalah seperti berikut:

1. Melaksanakan program pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun dengan mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

2. Menyediakan suasana pembelajaran yang berorientasikan "Belajar Melalui Bermain" (learning through play) dalam usaha mengembangkan kemahiran asas dan potensi kanak-kanak dalam segala aspek perkembangannya sebagai persediaannya untuk memasuki alam persekolahan yang sebenar (formal).

3. Memupuk dan melengkapkan sifat peribadi (sahsiah), perwatakan dan konsep diri yang positif serta mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak.

4. Melahirkan generasi ulul albab yang cemerlang dan mempunyai sahsiah mulia di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal insan yang berkualiti.


WAKTU OPERASI 
Sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) adalah 5 hari seminggu, mengikut penggal persekolahan. Waktu PdP adalah 4 jam. Terdapat 6 sesi pembelajaran seperti berikut :

  • Sesi 1 : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
  • Sesi 2 : 10.30 pagi – 2.30 petang
  • Sesi 3 : 11.00 pagi – 3.00 petang
  • Sesi 4 : 11.30 pagi – 3.30 petang
  • Sesi 5 : 2.00 petang – 6.00 petang
  • Sesi 6 : 2.15 petang – 6.15 petang

KURIKULUM & KO-KURIKULUM

KURIKULUM

Skop kurikulum berpandukan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat 6 tunjang (subjek) utama iaitu:
  • Komunikasi
  • Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Kemanusiaan
  • Literasi Sains dan Teknologi
  • Fizikal dan Estetika
  • Ketrampilan Diri
  • Pengajian Al-Quran, Bahasa Arab dan Tulisan Jawi (nilai tambah kepada Kurikulum Tadika Islam MAIWP bagi melahirkan generasi Ulul Albab)

KO-KURIKULUM
Aktiviti Mingguan
  • Kelas Fardhu Ain (Iqra’)
  • Kelas Bahasa Inggeris
  • Kelas Muzik Islam
Aktiviti Tahunan
  • Lawatan Sambil Belajar
  • Karnival Sukan (Potensi & Kebolehan)
  • Hari-Hari Kebesaran Islam
  • Festival Kesenian & Kebudayaan Islam (FKKI)
  • Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang Tadika Islam
  • Mini Konvokesyen
PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
  • Belajar Melalui Bermain
  • Pendekatan Bertema
  • Pendekatan Bersepadu
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Pengelolaan Pengajaran dan Pembelajaran
  • Aktiviti Kelas
  • Aktiviti Kumpulan
  • Aktiviti Individu
LOKASI

Terdapat 6 Zon Tadika Islam MAIWP diseluruh Wilayah Persekutuan iaitu:

  1. Zon Bandar Tun Razak (Putrajaya)
  2. Zon Titiwangsa
  3. Zon Bangsar
  4. Zon Setapak
  5. Zon Batu
  6. Zon Labuan

0 comment... add one now