Syarat dan Kelayakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)

Syarat dan Kelayakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit). Kepada anda yang ingin mengetahui cara, syarat dan Kelayakan bagi memohon skim pembiayaan deposit rumah pertama boleh melihat kepada info dibawah.



MAKLUMAN
Permohonan baru Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) masih belum dibuka. Sebarang maklumat lanjut mengenai perkara ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.  

LATAR BELAKANG
Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan (M40) memiliki rumah pertama.

Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah. Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MYDEPOSIT

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK.
  • Pendapatan isi rumah antara RM3,000 sehingga RM15,000

​KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN

  • Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja
  • Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan
  • Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK


DOKUMEN WAJIB PERMOHONAN
Senarai dokumen (mandatori) yang perlu dimuatnaik dalam Sistem MyDeposit (format: .pdf)


  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil penceraian (Jika berkenaan)
  • Akuan Bersumpah pengesahan bujang
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Akuan Bersumpah bekerja sendiri/ tidak bekerja
  • Surat pengesahan majikan pemohon dan pasangan. Maklumat diperlukan: status perkhidmatan/ perkerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan
  • Penyata gaji terkini pemohon dan pasangan
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan pemohon dan pasangan
  • Salinan Laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat(CCRIS) pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran tanggungan
  • Surat tawaran /pengesahan terkini pembelian rumah daripada pemaju perumahan berlesen
  • Surat sokongan dan pengesahan pemimpin tempatan
  • Salinan Bil Elektrik/ Air kediaman terkini


 ​Untuk Pertanyaan boleh hubungi

Melalui emel
- Pertanyaan Skim MyDeposit: mydeposit@kpkt.gov.my

0 comment... add one now