Taman Botani, Putrajaya

Taman Botani, Putrajaya

Yang duduk Putrajaya mesti selalu datang taman botani ni kan. Kalau rasa nak rileks nikmati keindahan alam boleh datang sini. Dekat sini pun ada laluan pejalan kaki tau, nak berbasikal pun boleh. Kawasannya luas, cik Nurul dulu pun tak sempat nak pusing satu taman ni sebab waktu tu pun dah petang. Tak sempat nak explore semua. Jom kenali Taman Botani Putrajaya.


Taman Botani Putrajaya adalah taman botani di Presint 1, Putrajaya, Malaysia. Landskap Taman Botani ni direka bertemakan ‘Bandar dalam taman’ tau. Taman Botani adalah salah satu daripada banyak taman yang telah diwartakan untuk pembangunan sebagai taman tropika.

Meliputi kawasan seluas 230 ekar atau 93 hektar, pembangunan taman ini terbahagi kepada 3 fasa. Fasa pertama yang meliputi kawasan seluas 63 ekar telah siap dan kini terbuka kepada orang ramai. Lebih 700 spesies tumbuhan di taman ini datang dari lebih 90 buah negara di dunia.

Taman ini ada 5 konsep yang berbeza iaitu Explorer’s Trail, Palm Hill, Floral Gardens, Sun Garden dan Lakeside.










Explorer’s Trail terletak di Pusat Pelawat, kat sini banyak info pasal taman ni serta maklumat tentang tumbuhan. Pusat ini dibuka setiap hari tetapi ditutup pada hari Isnin. Waktu pembukaan adalah 10 pagi hingga 6 petang pada hari kerja dan 10 pagi hingga 7 malam pada hujung minggu. Yuran kemasukan adalah RM3.

Masa nak keluar dari bangunan informasi tadi, korang akan lalu satu jambatan kanopi. Best tau sebab kita boleh tengok pokok pokok yang tinggi, macam kembali ke zaman dulu dulu. Bila turun dari jambatan pulak korang akan jumpa tumbuh-tumbuhan Heliconias seperti pisang, Marnthas, Calatheas dan Palm Traveler.

Selepas tu korang akan jumpa Vine Garden kat sini ada pelbagai tanaman anggur seperti Tecomarias. Korang boleh baca info yang terdapat pada setiap pokok kat situ.

Palm Hill terdapat lebih daripada 50 spesies pokok sawit. Bila korang berjalan dekat atas cerun ni akan a nampak pokok Rotan, Fan China Palm dan Umbrella leaf Palm.

Sun Garden banyak terdapat bunga yang hidup di bawah matahari yang terik. Bunga bunga kat sini berubah ikut hari tau. Ada satu bunga Brunfelsia ni akan berubah warna setiap hari dari ungu hingga merah jambu hingga putih. Ia juga dikenali sebagai Semalam, Hari Ini dan Besok.

Floral Gardens banyak koleksi tumbuhan dari Afrika, Amerika dan rantau Asia Pasifik. Flame Of The Forest dan Plumbago adalah beberapa spesies yang berasal dari rantau Afrika. Bunga Merak dan Frangipani berasal dari rantau Amerika. Pokok Ficus dari rantau Asia Pasifik adalah sumber utama makanan untuk hidupan liar di Asia.


Lakeside ada koleksi Ixora dan Hibiscus. Tumbuhan Pandanus yang mempunyai daun yang panjang, tirus dan akar tunjang pun ada di sini. Ada juga bunga Kenanga yang besar dan warna warni. Di hujung perjalanan korang akan jumpa pokok paku pakis yang wujud selama lebih 200 juta tahun.

So apa lagi kemudahan yang ada kat sini? Nak masuk taman ni free je. Tempat letak kereta bayaran hanya RM1. Untuk perkhidmatan tram, RM4 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak kanak. Berbasikal dan mendayung bot pun boleh kat sini tau, sewa adalah pada hari Selasa hingga Ahad. Ada Restoran Makanan Laut dalam taman ni, ia dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Dulu cik Nurul suka bawak 1 bungkus roti keping, duduk tepi tasik yang berdekatan dengan restoran tu dan bagi ikan makan. Kalau tengok ikan yang banyak ni rasa teruja sangat tau. Kadang tak cukup sebungkus roti tu. Hihiii best tau bila ingat balik kenangan tu.

Yang mana nak pergi tu boleh rujuk alamat di bawah. Selamat bercuti!

Alamat: Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, Putrajaya, Selangor, 62000, Putrajaya, WP Putrajaya, 62000

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Taman Botani, Putrajaya"

Post a Comment