Taman Hutan Negara Gunung Stong, Kelantan

Taman Hutan Negara Gunung Stong, Kelantan

Taman Negeri Gunung Stong, atau Taman Hutan Negara Gunung Stong  adalah hutan simpan yang murni yang meliputi 21,950 hektar berhampiran bandar kecil Dabong di Kelantan. Ia telah diwartakan sebagai taman negara dan tapak eko-pelancongan pada tahun 2007. Ia diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Di sini banyak lagi aktiviti rekreasi macam taman negara yang lain. Cuma kurang dikomersialkan kerana lokasinya yang jauh. Sekurang-kurangnya terdapat 7 puncak yang boleh di daki, ada juga kawasan air terjun yang mudah untuk dikunjungi termasuk air terjun Jelawang.










Kawasan taman negara ni lebih berbentuk campuran batu batu, warna dan tekstur yang menarik. Ia juga diklasifikasikan sebagai hutan pemuliharaan yang mempunyai nilai yang tinggi. Ia dikelilingi dengan hutan rizab yang mempunyai pemandangan semulajadi yang menarik.

Untuk ke air terjun Jelawang, ia hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki. Dari air terjun ni, untuk ke kawasan main point iaitu Kem Baha, perlu melalui kawasan yang agak curam. Kem Baha adalah 460 m di atas paras laut, dinamakan sempena orang tempatan yang meninggal pada tahun 2002, dan beliau yang mencipta kebanyakan laluan di situ. Ia mengambil masa kira-kira 1-2 jam untuk sampai ke Kem Baha dari pintu masuk. Kebanyakan pejalan kaki akan bermalam di Kem. Pondok boleh disewa pada harga RM 10 setiap orang setiap malam dan tapak perkhemahan RM 3 setiap orang setiap malam.

Kebanyakannya akan mendaki di air terjun Jelawang ni sebab ia mempunyai banyak peringkat, so kalau tak mendaki ada sesetengah bahagian yang tidak boleh dilihat dari bawah. Digalakkan untuk mendapatkan panduan di Pejabat Taman kerana laluannya yang agak licin dan berbahaya. Kat sini ada jugka jambatan gantung tau, so ni salah satu port yang sesuai untuk ambil gambar air terjun ni.

Cas untuk masuk ke taman ni adalah RM2 je kalau nak ke kawasan air terjun. Kalau nak berjalan jauh lagi cas sebanyak RM5. Untuk panduan atau urusan sewa khemah digalakkan untuk menempah dengan awal.

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan: + 609-748 2140

0 comment... add one now