Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Kali ni cik Nurul nak share dengan korang satu tempat yang best untuk joging dan cycling dekat Putrajaya. Tempat ni memang port best masa duduk Putrajaya dulu, kalau ada hari cuti mesti suka datang sini. Ada satu puncak tu boleh nampak kawasan perumahan sekitar situ tau, boleh nampak bangunan tinggi lain yang luar dari kawasan Putrajaya. Cik Nurul suka pergi waktu petang, sebab redup sikit dan banyak angin bertiup. Tenang sangat bila rehat sambil tengok pemandangan. Okay jom kenali Taman Saujana Hijau ni.




Taman Saujana Hijau adalah taman berkeluasan 41 hektar yang meliputi rabung dan tiga bukit di sudut barat laut Putrajaya iaitu di Presint 11. Taman ni mempunyai konsep landskap yang berbeza, ia banyak menggunakan pokok pain dan konifer, dari segi tumbuhan tropika kurang sikit.

Taman ini dibahagikan kepada 3 zon, Taman Eropah, Taman Oriental dan Taman Inggeris (Bustan Eropah, Bustan Oriental, Bustan Inggeris). 3 zon ni semua cantik, laluan untuk pejalan kaki dan berbasikal memang sangat praktikal dan selesa.

Taman Eropah





Kawasan ini terletak di kawasan tertinggi di tiga bukit dan memberikan pandangan yang sangat baik di Putrajaya. Ada sebuah pavilion kecil gaya Eropah tau dekat atas bukit ni. Dekat sekeliling dia ada taman yang sesuai untuk beriadah, kawasan yang open air la kiranya. Main kejar kejar dengan anak anak pun boleh, tapi main bola sepak tak boleh tau, hihii. Selalu jugak ada yang sambut hari jadi dekat sini. Memang best! Ada pokok cemara, setiap laluan kat sini adalah berhutan yang bertemakan suasana Mediterranean. Hutan yang cantik ye, bukan hutan tebal hihii.

Taman Oriental


Taman ni ada pavilion ala ala China, kat sini banyak tumbuh tumbuhan tropika yang besar. Ada satu sistem perlindungan kilat tau kat sini, ia adalah satu tiang yang tinggi. So kalau ada ribut petir korang jangan berdiri dekat dengan tiang ni. Kang ada yang kena sambar petir pulak.

Taman Inggeris



Taman Inggeris ni ada gazebo yang cantik sebab ia dikelilingi banyak bunga yang berwarna warni.  Tapi kawasan ni tak macam Taman Eropah tau sebab kat sini kawasan untuk berteduh kurang sikit, pokoknya tak besar macam dekat Taman Eropah. So kalau nak pergi taman ni better awal pagi atau lewat petang. So cahaya matahari takde lah terik sangat.

Banyak lagi taman yang best dekat Putrajaya ni, next entry kita share lagi ye.

Alamat: Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu: 7 am-7 pm

0 comment... add one now