Taman Warisan, Putrajaya

Taman Warisan, Putrajaya

Hai siapa pernah pergi Taman Warisan ni? Cik Nurul dulu selalu nya pergi untuk makan tengahari je. Bila time rehat tu kalau rasa nak makan nasi berlauk sini la tempatnya. Sebab takde lah jauh sangat dengan Alamanda tu. Melainkan kalau malas nak keluar so makan  je dekat foodcourt. So apa yang bestnya Taman Warisan ni eh?







Taman Warisan Pertanian terletak di Presint 16 Putrajaya. Kat sini korang boleh tengok pelbagai jenis pokok buah-buahan tropika, herba dan rempah, getah, minyak sawit, teh, kopi dan tanaman komersial lain. Ada kaunter maklumat dan peta taman di bahagian atas tangga.

Ada satu ruang yang dipanggil Pertanian Square atau Medan Tani di mana terdapatnya pameran dari semasa ke semasa. Di sini juga kedai-kedai hadiah, kedai makanan ringan, kedai mini, kedai bunga, kedai pakaian dan sebagainya. Ada juga beberapa pilihan tempat makan termasuk Live Kitchen (Penanggah), sebuah cawangan Sate Kajang Hj. Samuri, dan pelbagai makanan lain lagi. Kebanyakan penduduk di Putrajaya ni datang hanya untuk makan.

Taman Warisan dibahagikan kepada pelbagai bahagian yang terdiri daripada pokok buah-buahan tropika (ini adalah tarikan utama taman), herba dan rempah-rempah, tanaman komersil dan pokok gambut.

Terdapat banyak jenis buah yang ditanam di sini termasuk nangka, rambutan, sapodilla, jambu madu, cempedak, longan, durian dan lain lain. Kat sini ada info board yang memaparkan maklumat asas mengenai setiap spesies buah termasuk manfaat kepada kesihatan.

Lawatan pendidikan dan demonstrasi boleh diberikan kepada kumpulan kanak-kanak dan pelajar jika diatur terlebih dahulu.

So bagi yang nak melawat Taman Warisan ni boleh rujuk alamat dibawah.

Alamat: Taman Warisan Pertanian 7, Jalan P16, Presint 16 62150 Putrajaya
Tel: 03-8887 7772 Faks: 03-8887 5038

0 comment... add one now