Taman Wetland, Putrajaya

Taman Wetland, Putrajaya

Taman Wetland ni salah satu tempat yang best jugak dekat Putrajaya. Taman ni dikatakan sebagai yang terbesar di kawasan tropika. Bermula pada tahun 1997, projek tanah lembap meliputi 197 hektar yang pernah menjadi ladang kelapa sawit. Pembinaan kawasan tanah lembap ni ada fungsinya je jugak tau. Antaranya,

. Pengurangan banjir. Ia mengekalkan dan menyimpan air dan menyebarkannya ke kawasan rata yang luas.

. Penapisan air. Tumbuhan dan rumput disini akan memerangkap apa apa sedimen dan bahan pencemar yang ada. Bahan-bahan toksik seperti racun serangga, herbisida dan logam dihapuskan melalui proses bakteria dan kimia yang kompleks. Taman wetland ni jugak boleh dikatakan memberi peranan penting di Putajaya.

. Penciptaan habitat. Air yang ditapis menjadikan taman wetland berfungsi dengan baik,ia menyediakan tempat tinggal kepada pelbagai tumbuh-tumbuhan dan organisma yang membentuk pangkalan rantaian makanan dan mengekalkan biodiversiti.







Setakat ini taman wetland telah mengekalkan kebersihan tasik Putrajaya dan penuh dengan hidupan liar. Ia telah menjadi destinasi ekopelancongan yang popular.

Kat sini ada juga ada Pusat Interpretasi Alam yang berperanan sebagai  muzium mini yang menerangkan bagaimana tanah lembap bekerja dan memperkenalkan jenis-jenis flora dan fauna yang terdapat di taman. Di Pusat Maklumat utama, kita boleh menyewa basikal atau satu set teropong atau menaiki tram untuk menerokai taman.

Kat sini ada puncak menara yang mana korang akan lihat pemandangan yang menarik kat sekitar kawasan tu. Berdekatan dengan kawasan tu ada kolam flamingo yang sesuai untuk berkelah disekitarnya.

Burung-burung lain yang ada di sini seperti  night herons, cattle egrets, purple herons, grey herons, black crown neck herons, painted storks, green herons dan cinnamon bitterns.

Berhampiran kawasan padang korang akan lalu bamboo forest, banyak monyet yang berayun kat sini tau. Pusat Rekreasi Air pulak ada di lokasi lain, kena menyeberangi jambatan jalan raya tu. Ada aktiviti berkayak, kanu, dan bot dayung yang boleh di sewa. Kat sini nak buat BBQ pun boleh.

So amacam? Best kan Putrajaya. Cuti sekolah ni bolehlah ronda taman yang ada kat sini. Selamat bercuti!

0 comment... add one now