Zoo Negara:Tiket Percuma Untuk Pengunjung yang Lahir Pada Bulan Disember

Zoo Negara:Tiket Percuma Untuk Pengunjung yang Lahir Pada Bulan Disember

Wahhh beruntung kan siapa yang lahir pada bulan Disember, sebabnya Zoo Negara sekarang tengah ada offer tiket masuk percuma bermula pada 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017.



Geng geng disember ni bolehlah buat rombongan melawat Zoo Negara nampaknya hihiii. Yang lahir selain Disember boleh beli tiket macam biasa. Rate harga tiket boleh tengok dekat bawah nanti ya, cuti sekolah ni bawak 1 family jalan jalan pergi zoo mesti best sangat. Anak anak boleh mengenali pelbagai jenis haiwan yang ada dengan lebih dekat. Sambil bersiar siar sambil belajar kan seronok tu. Jom kenali serba sedikit tentang Zoo Negara.

Zoo Negara Malaysia dikendalikan oleh Persatuan Zoologi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mewujudkan zoo tempatan pertama untuk rakyat Malaysia. Zoo Negara dibuka secara rasminya pada 14 November 1963 dan telah menjadi zoo terkenal di seluruh dunia. Ia mempunyai lebih daripada 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Zoo Negara merangkumi 110 ekar tanah yang terletak hanya 5km dari bandar Kuala Lumpur. Sejak kebelakangan ini, zoo telah mengubah dirinya menjadi zoo konsep terbuka dengan lebih daripada 90% haiwannya disimpan dalam pameran yang luas dengan landskap yang sesuai dengan sifatnya.

Antara kemudahan yang disediakan di sini:

Loker-Loker boleh didapati di Kaunter Tiket untuk menyimpan barangan peribadi. Yuran sewa adalah RM2.00.

Kerusi roda-Perkhidmatan kerusi roda adalah pada dasar first come first serve yang disediakan di Kaunter Maklumat B. Deposit sebanyak RM50 akan dikembalikan.

Pondok zoo-Terdapat sejumlah pondok di sekitar zoo untuk anda dan keluarga anda untuk berehat. Cuba cari yang berhawa dingin!

Surau-Bilik solat/surau yang berhawa dingin dilengkapi dengan ruang yang luas yang terletak berdekatan dengan pintu masuk utama zoo.

Pengunjung juga boleh melihat Animal Show (Sea Lion/Macaws) di sini.



Antara tempat makan dan kedai cenderamata yang boleh dikunjungi.







Untuk sebarang maklumat boleh berkunjung ke laman web Zoo Negara

Alamat 
Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

Yang menggunakan LRT
- Alight at Wangsa Maju Station, Kelana Jaya Line
- Board a taxi to Zoo Negara

Yang menggunakan bas
- Rapid KL number 253 from Putra LRT Station, Wangsamaju, KL
- Rapid KL number 220 from Lebuh Ampang, KL

0 comment... add one now