Resepi Tauhu Bergedil Ayam Viral

Resepi Tauhu Bergedil Ayam Viral. Hari ini kami ingin kongsikan dengan anda semua, pembaca - pembaca Bicarakata.com dengan resepi yang sedang viral pada masa kini, iaitu resepi Tauhu Bergerdil Ayam. Untuk pengetahuan pemilik resepi adalah Zurine Omar daripada Group : Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Berikut adalah Resepi Tauhu Bergedil Ayam Viral

1. Mula mula buat Bawang Goreng dulu kalau rajin. Hiris nipis bawang merah & bawang putih. Cuci bersih & toskan kering.

2. Gaul dengan garam & tepung gandum/jagung/beras. Saya guna tepung gandum.

3. Goreng dalam minyak penuh. Goreng sikit sikit supaya bawang tak bergumpal. Minyak kena panas, api sederhana sebab takut hangus. Toskan. Dah sejuk simpan dalam botol .

4. Sekarang buat inti pulak. 3 ulas bawang putih, tumbuk & goreng sekejap.


5. Rebus kentang dan lecek hancur. Sy guna 7 biji kentang.

6. Rebus ayam dan carik halus. Saya guna tiga ketul dada ayam.

7. Satukan isi ayam, kentang, bawang putih, lada sulah dan garam

8. Gaul rata

9. Tauhu Pok gunting bentuk X dan sumbat inti tadi sampai penuh.

10. Pukul telur dengan lada sulah dan garam.

11. Celupkan Tauhu

12. Goreng tauhi dan toskan.

13. Potong Tauhu yang telah siap digoreng tadi.

14. Untuk Sos sy guna resepi Sos Yong Tau Fu (sos hitam + sos merah)

Tumis 4 ulas bawang putih. Masukkan 1 cawan cili kisar, tumis sampai pecah minyak. Masukkan 1 cawan sos cili, 1/2 cawan sos tomato, 3 sudu besar sos tiram (sy guna sos seafood) & kicap pekat (ikut warna yg di sukai). Masukkan 1/2 cawan gula kabung/gula Melaka, 2 sudu besar asam jawa dan 1 1/2 cawan air. Untuk pekatkan sos boleh tambah bancuhan tepung jagung. Tabur bijan yg di sangai.
*sy tak letak garam

15. Tabur bawang goreng & cili api potong.

16. Siap untuk dimakan..

0 comment... add one now