2 Tempat makan menarik di Parit, Perak Darul Ridzuan

2 Tempat makan menarik di Parit, Perak Darul Ridzuan. Baru - baru ini kami pergi ke MRSM Parit , Perak atas beberapa urusan. Melalui jalan Kg Gajah, Lambor seterusnya ke Parit dapat dirasakan pengalaman tersebut seperti melalui masa 30 tahun ke belakang.

Maksud kami disepanjang jalan di Lambor banyak rumah - rumah lama tradisional yang besar - besar dan cantik sukar untuk di lihat  pada masa kini, tapi sayang ada juga rumah yang ditinggalkan mereput.

Okay di sini kami ingin ceritakan 2 tempat yang menarik untuk makan - makan di Sekitar Parit. Maklumlah masa yang agak terhad tak dapat lama - lama di Parit.

1. Mee Hailam D'Perak
Bagi anda yang ingin menikmati mee hailam, sememangya  Mee Hailam di Perak boleh dijadikan pilihan. Rasanya sedap dan kandungan sepinggan mee boleh membuatkan anda kenyang. Nasihat kami, pastikan anda datang awal, atau membuat tempahan lebih awal melalui telefon kerana masa yang di ambil untuk menyiapkan tempahan anda boleh dikatakan agak lama, ini kerana banyak pelanggan yang membuat pesanan.




Bagi yang ingin membuat tempahan awal boleh menghubungi no telefon yang tertera seperti didalam gambar diatas.

alamat:-
MeeHailam D'Perak
Kg Tengah
Kampong Parit Perak, Perak, Malaysia
Tel:  017-528 9903

Menu:-
Mee Hailam Biasa (RM5.50)
Mee Hailam SPECIAL (RM7.50)
Minuman Utama:
Teh O'Ais :RM 1.30
Teh Ais :RM 1.30

2. D'Parit Cendol
Bagi anda yang menggemari cendol boleh mencuba D'Parit Cendol yang berada di tepi Sungai, Sambil menikmati cendol, boleh menikmati pemandangan tepi sungai yang cukup indah. Selain Cendol ada juga ABC, istimewa ABC milo tabur, Laksa, Rojak dan lain - lain. Kami sempat merasai cendolnya.. Memang pilihan admin. Maklumlah penggemar cendol. Cubalah mesti dikau akan terpikat.. Terbaik







0 comment... add one now