Resepi Asam Pedas Ikan Pari Simple dan Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Pari Simple dan Sedap. Hai. Apa khabar bagi penggemar - penggemar asam pedas, terutanya asam pedas ikan pari. Disini kami ingin kongsikan kepada rakan - rakan resepi Asam pedas ikan pari yang simple dan sedap. Berikut adalah bahan dan cara - caranya


Resepi Asam Pedas Ikan Pari - Simple dan Sedap

Bahan - Bahan
3- 5 ketul ikan pari (Bersihkan dan potong)
10 batang bendi
1 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
1 cekak daun kesum
1 kuntum bunga kantan
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
air secukupnya

Bahan Kisar
8 ulas bawang merah
18 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
1 inci belacan


Cara - cara memasak Asam Pedas Ikan Pari

Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama serai yang dititik tadi. tumis sehingga terbit minyak dan harum.

Masukan ikan asam gelugur dan air secukupnya kemudian biarkan sehingga kuah mendidih. masukan daun kesum dan perasakan dengan garam.

Masukan bendi dan bunga kantan. Bila bendi dah tomato dah bertukar warna atau sedikit layu boleh la tutup api dan hidang.

Jangan sampai lembik atau lebur pula ye bendi dan tomato tu.Selamat mencube.

Resepi by: tie@adik manja

0 comment... add one now