Resepi Daging Goreng Kunyit Sedap dan Mudah

Resepi Daging Goreng Kunyit Sedap dan Mudah. Bagi anda yang suka makan daging terutamanya daging goreng kunyit disini kami kongsikan resepi daging goreng kunyit sedap dan mudah. 


Resepi Daging Goreng Kunyit Sedap dan Mudah

Bahan­-Bahan 
600 gm daging
2-3 inci kunyit hidup ( ditumbuk )
1­2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia ( hiris nipis )
3 ulas bawang putih ( hiris nipis )
2 ulas bawang besar
Kacang panjang atau kacang buncis (tambahan, sekiranya tak mahu pun tidak mengapa)
Lobak merah
Cili merah (hiris nipis)
Minyak secukupnya
Garam

Cara Memasak 

1. Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.

2. Masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging.

3. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi.

4. Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.

5. Akhir sekali masukkan sayur kacang, lobak merah, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap untuk dihidangkan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Sumber - FB

0 comment... add one now