Resepi Kek Marble Azlina Ina

Resepi Kek Marble Azlina Ina. Hai. Assalamualaikum semua. Hari ini kami ingin berkongsi resepi Kek Marble daripada Sifu Kek Azlina Ina. Berikut adalah resepi Kek Marble tersebut.


RESEPI KEK MARBLE BUTTER

1 1/2 ketul butter (SCS)
3/4 cawan gula kastor
5 biji telur A
1 sudu (k) esen vanila
1/2 cawan susu pekat
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu (k) baking powder
3 sudu (b) serbuk koko

Cara-cara:-
Gula+butter+esen vanila putar dengan kelajuan tinggi selama 15-20 minit sampai gebu. Masukkan telur sebiji2, akhir sekali putar 15 minit. Kemudian masukkan susu dan putar sebati jer. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil perlahankan mixer dan masukkan semua. Speedkan balik dan putar selama 3-4 minit.
Bahagikan adunan kepada 2. Satu bahagian masukkan 3 sudu (b) serbuk koko. Masukkan dalam loyang berselang srli sampai habis. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 C selama 15 minit pertama. Turunkan suhu pada150 C selama 45 minit. Bila masak terbalikkan atas redai kek dan buang baking paper, kemudian terbalikkan semula serta merta pada kedudukan asal...

Kek ni sgt gebu... dia punya soft tu tak tahu nak cakap...

Okay. Selamat Mencuba..

Resepi dan Gambar kredit to Azlina Ina

0 comment... add one now