Resepi Lempeng Kelapa Sedap dan Mudah

Resepi Lempeng Kelapa Sedap dan Mudah. Siapa suka makan lempeng?.  Mesti ramai peminat - minat lempeng bukan, lempeng ini ada beberapa jenis. Antara lempeng yang popular di Malaysia adalah lempeng tepung (Lempeng Kosong), Lempeng Kelapa, Lempeng Gula Merah (Kesedapan gula merah yang cair di lempeng memang sedap sangat) dan juga lempeng pisang.


Kali ini kami ingin kongsikan resepi lempeng kelapa yang sedap dan sangat mudah untuk dimasak. Berikut adalah resepinya.

Bahan - Bahan
  1. 2 cwn tepung gandum
  2. 2 cwn air
  3. 1 biji telur
  4. 1 sudu garam (sesedap rasa anda)
  5. 1 sudu minyak masak
  6. 2 cup kelapa parut

Cara Memasak
Campurkan kesemua bahan - bahan kecuali kelapa parut. Biar sebati, kemudian blend.Masukan ke dalam bekas, Gaulkan sekali dengan kelapa parut. Masak di atas kuali. Adunan ini cukup untuk dua hingga tiga  org makan, lebih kurang dalam 10 keping. Selamat mencuba.

0 comment... add one now