Resepi Panna Cotta Viral

‎Resepi Panna Cotta Viral. Resepi ini daripada Ogy Mamita‎  yang dikongsikan di dalam group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Pannacotta strawberry, kiwi & manggo. Italian dessert ..dari buat makan sendiri... Terus masuk order berbekas bekas..sedapppp.


Resepi Panna Cotta 

Bahan-bahan:
2 cawan susu segar (fresh milk)
1/2 cawan heavy cream/whipping cream
2 sudu kecil serbuk gelatin halal (gelatin boleh juga digantikan dgn agar2 tali atau agar2 serbuk)
4 sudu besar gula (resepi asal 5 sudu besar gula)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
1) Kacau gelatin bersama 3 sudu besar air panas. Biarkan.
2) Masukkan susu segar, krim dan gula dalam periuk. Masak pada api sederhana sampai ada buih-buih kecil..
3) Tutup api, masukkan gelatin, kacau dan masukkan esen vanilla.
4) Biar sejuk sedikit sebelum diisi dalam bekas dan masukkan dalam peti ais (2-3 jam dalam freezer atau 5-6 jam kalau dalam chiller).

Topping/sos
Boleh guna apa-apa buah atau coklat atau jem untuk sos nya. Resepi boleh google. Atau beli deco filling. Letak sos lepas panna cotta dah sejuk dan memejal.



Boleh Like Facebook MAHN untuk lain - lain resepi yang dikongsikan oleh rakan - rakan.

0 comment... add one now