Resepi Pulut Kuning

Resepi Pulut Kuning. Bagi anda yang menggemari pulut kuning, di sini kami ingin kongsikan dengan anda semua resepi untuk memasak pulut kuning. Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Resepi Pulut Kuning daripada Page Resepi Pulut Kuning

Bahan - Bahannya
2 cawan beras pulut susu ( rendam dan letak sedikit serbuk kunyit selama 1/2 jam)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan pati santan
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan

Cara
1. Basuh dan toskan beras serta tuang ke dalam periuk. Masukkan air, daun pandan dan garam.

2. Tutup penutup dan halakan tombol ke arah 'pressure'. Set butang 'high pressure' selama 6 minit dan tekan 'on'.

3. Apabila sudah masak tekan butang 'off' dan bebaskan tekanan. Buka tudung dan masukkan santan serta gaul sebati. Tekan butang 'warm/ reheat' dan tekan 'on'. Pastikan penutup di tutup semula.

4. Biarkan dalam 5 minit kemudian tekan butang ' off ' .Apabila pulut betul - betul masak bolehlah dihidangkan

0 comment... add one now