Resepi Serunding Halia

Resepi Serunding Halia. Hai. Di sini kami ingin kongsikan dengan anda, resepi serunding halia. Resepi ni sedap dan juga baik untuk kesihatan. Berikut adalah bahan - bahan untuk membuat serunding halia ini. Selamat mencuba.


Resepi Serunding Halia

Bahan - Bahan

  • Halia (diparut menggunakan pemarut)
  • Minyak masak (secukupnya)
  • Ikan Bilis ( secukupnya)
  • Perasa (Ajinomoto & Garam) - secukup rasa

Cara - Cara Membuat Serunding Halia

Bersihkan halia terlebih dahulu dan buangkan kulitnya. Kemudian parut halia tersebut menggunakan pemarut buah-buahan yang ada ataupun tumbuk dengan lesung batu sehingga lumat. Letakkan di pinggan yang berasingan.

Ikan bilis jika ianya bersaiz besar belahkan bahagian badannya menjadi dua. Buang isi perut ikan bilis tersebut dan basuh.Tumbuk ikan bilis dengan lesung batu.Letakkan di pinggan yang berasingan juga.

Panaskan minyak masak, masukkan halia yang telah diparut. Goreng sehingga ranggup.Kemudian angkatkan halia yang telah digoreng tadi dan letakkan di atas pinggan yang dilapik menggunakan tisu untuk membuang sedikit minyak yang ada pada halia goreng tersebut.

Kemudian gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat ikan bilis tersebut dan gaulkan bersama halia yang telah digoreng tadi. Letakkan sedikit ajinomoto dan garam secukup rasa.

Boleh dimakan dengan nasi, ketupat, lemang atau begitu saja. Apa-apa jelah yang penting sangat sesuai dimakan untuk hilangkan angin badan & melancarkan peredaran darah.

Sumber: Viral D Viral

0 comment... add one now