Semakan Keputusan STPM 2018 Penggal 1 Online Dan SMS

Semakan Keputusan Peperiksaan STPM Penggal 1 (P1) 2018.  Bagi anda yang telah mengambik peperiksaan STPM boleh membuat semakan keputusan keseluruhan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi Penggal 1 2018 yang akan diumumkan keluar pada tarikh 27 Februari 2018.

Calon-calon juga boleh mengambil slip keputusan mereka di sekolah masing-masing, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Untuk pengetahuan Keputusan STPM boleh disemak secara online atau melalui SMS bermula pada tarikh tersebut.

Berikut adalah Panduan semakan keputusan peperiksaam STPM:

Semakan Keputusan Peperiksaan STPM Secara Online
Untuk meyemak secara online, sila layari halaman semakan keputusan STPM di portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia bermula jam 10.00 pagi di pautan berikut:

http://webmpm1.mpm.edu.my/stpm_resultP1/


Semakan Keputusan STPM Melalui SMS
Perkhidmatan mySMS untuk keputusan Penggal 1 STPM 2018 akan diaktifkan bermula jam 10:00 pagi pada 27 Februari 2018 dan berakhir pada 6:00 petang 26 Mac 2018.

semakan keputusan keseluruhan STPM 2018 penggal 1

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STPM Penggal 1 2018 melalui SMS:

Taipkan:

STPM <jarak> RESULTP1 <jarak> [No Kad Pengenalan]

Contoh: STPM  RESULTP1  910325035243

Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Diharap perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua.

0 comment... add one now