Jenis Foundation Yang Sesuai dan Tak Sesuai Dengan Jenis Kulit

Jenis Foundation Yang Sesuai dan Tak Sesuai Dengan Jenis Kulit. Perkongsian ini adalah daripada Atenn Azlan Founder kepada Sistho Cosmetics dan The Beauty Hacks mengenai jenis foundation yang sesuaidi pakai dengan jenis kulit. Sebab setiap daripada kita ni mempunyai kulit muka berbeza, ada jenis foundation kita boleh pakai dan ada jugak yang tak sesuai dengan kita.


LIQUID FOUNDATION
Foundation jenis liquid ni sesuai untuk semua jenis kulit sebab ada sesetengah foundation dia ada tulis oil based or water based formula.

Untuk korang yang kulit berminyak dan sensitif, korang kena cari foundation yang ada water based formula.

Untuk orang yang mempunyai kulit kering atau yang mengalami dehidrasi pula, korang kena cari foundation yang ada oil based formula.

Selain melembabkan kulit, kandungan minyak di dalamnya akan memberikan effect yang flawless tapi terasa ringan pada muka.

Korang boleh apply liquid foundation ni guna jari, sponge atau brush.

CREAM FOUNDATION
Tekstur foundation ni memang tebal sebab tu lah dapat cover parut-parut kat muka tu. Sangat sesuai untuk orang yang berkulit kering sebab foundation jenis krim ni dia ada moisturizer untuk melembapkan kulit muka.

Selain itu, cream foundation juga berfungsi untuk mengurangkan garis-garis halus, jerawat dan bintik hitam. Cuma kurengnya, foundation jenis ni akan buat mekap korang nampak berat. Untuk daily make up, boleh pilih oil-based.

Tapi tak sesuai untuk kulit berminyak. Sebab tekstur dia pun krim dan berminyak. Bila orang yang mempunyai kulit berminyak pastu pakai pulak jenis krim, memang lagi berminyak lah muka.

Dah pakai ni lepastu korang kena finishing dengan loose powder. Jangan ditepek-tepek macam korang biasa pakai bedak tu. Just dab dab camtu je. Tak nak bagi dia nampak berminyak sangat.

Best lagi pakai ni sebab ia tahan lama. Kekadang tu nak cuci muka susah betul nak hilang.

STICK FOUNDATION
Berita baik untuk korang yang ada masalah kulit berminyak. Foundation ni memang sesuai dengan korang. Tak sesuai untuk kulit kering sebab kalau korang pakai jugak, kulit muka korang akan lebih kering.

Foundation jenis ni berbentuk solid dan bila disapu kat muka, dia cepat rata dan sekata. Tak perlu apply apa-apa powder dah.

Sebab bila pakai bedak jugak, muka korang akan nampak cakey. Sebab bila sapu dan blend kat muka tu dia jadi kering terus.

Rasa macam pakai bedak aja padahal baru pakai foundation ni. Foundation ni boleh cover jerawat, muka berminyak dan masalah kulit yang lain.

Cuma nak cakap, teksturnya yang agak berat, so dinasihatkan jangan terlalu kerap guna sebab boleh menyebabkan jerawat tumbuh pada muka.

MOUSSE FOUNDATION
Foundation jenis ni memiliki tekstur yang halus dan lembut. Pada dasarnya foundation ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Tapi ada yang kata sesuai untuk kulit kering sebab kandungan air yang ada dalam dia akan bagi kulit muka nampak lembap.

Dengan menggunakan mousse foundation, effect make up akan nampak natural dan lebih muda sebab tidak menimbulkan garis dan kedutan di sekitar kulit.

Ada pula yang yang kata dia sesuai dengan kulit berminyak sebab tekstur dia padat. Matte finish and medium coverage. Kalau sapu dan blend kat muka, dia cepat jadi kering macam bedak. So, tak payah bedak lah kan.

Sampai sini susah perkongsian pada harini. 4 jenis foundation sahaja. Tapi kalau korang nak cuba liquid foundation boleh cuba jenama Sistho punya. Hiks.

Atenn, (Boleh Follow FB Beliau Disini )

Testimoni Sistho Foundation

Untuk Tempahan Boleh:
KLIK SINI

0 comment... add one now