Permohonan PISMP IPG 2018 Online

Permohonan PISMP IPG 2018 Online. Permohonan PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG). Bagi anda yang berminta untuk menjadi seorang guru, anda boleh berbuat demikian dengan membuat permohonan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) di Institut Pendidikan Guru untuk calon lepasan SPM bagi ambilan 2018.

Bagi yang tercari maklumat mengenai PISMP 2018, berikut adalah maklumat penting mengenai permohonan ke IPG untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ambilan tahun 2018.




Tarikh Permohonan PISMP IPG 2018

Permohonan PISMP akan dibuka pada tarikh 13 Mac 2018 sehingga 28 Mac 2018.


Syarat Permohonan PISMP 2018
Syarat-syarat dan kelayakan asas untuk memohon mengikuti PISMP adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak lebih 20 tahun pada 30 Jun 2018.
  3. Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  4. Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  5. Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  6. Lulus Bahasa Inggeris.
  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.


Tempoh Pengajian PISMP
Tempoh keseluruhan pengajian PISMP di IPG ialah lima tahun (1+4):


  1. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) akan memakan masa satu tahun (dua semester).
  2. Calon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang memakan masa empat tahun (lapan semester).


Cara Memohon PISMP IPG

Permohonan boleh dibuat secara online menerusi Aplikasi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia di link berikut:



https://pismp.moe.gov.my/

Sila rujuk pautan di atas untuk akses:

  • borang permohonan online
  • panduan permohonan online
  • maklumat mengenai syarat kelayakan/kemasukan
  • tempoh program
  • bidang yang ditawarkan
  • syarat khusus bidang pengajian.

Semakan Keputusan Permohonan PISMP
Untuk semakan keputusan permohonan, sila layari Semakan Keputusan Calon Guru PISMP IPG 2018.

Sila layari laman web KPM (www.moe.gov.my) untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.

Hubungi alamat atau nombor telefon berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 - 3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya, Selangor
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-8312 6693/ 6689/ 6627/ 6720/ 6733/ 6730/ 6731/ 6758/ 6760/ 6768/ 6769

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang ingin dan berminat menjadi Seorang Guru dan Pendidik. Kami doakan semoga urusan permohonan anda semua dipermudahkan.

IKLAN PISMP IPG 2018

0 comment... add one now